KERJA KOSONG - Tips 1
Berikut ialah tips mudah untuk mencari kerja kosong.

Tips ini bertujuan untuk mengelakkan anda tertipu dengan iklan-iklan pekerjaan.

PERTAMA - Jika anda berminat dengan iklan pekerjaan yang ditawarkan pastikan anda telefon dahulu untuk kepastian. Tanya seberapa banyak soalan yang boleh. Seperti siapa nama bos, berapa lama syarikat ditubuhkan, alamat penuh syarikat, berapa ramai pekerja dan lain-lain yang anda nak tahu. Jika jawapannya kurang memuaskan atau yang menjawab tersebut cuba mengelak atau anda dimarahi, berhati-hati kerana ada kemungkinan syarikat tersebut bermasalah.

KEDUA - Jika anda diminta membayar wang. Berhati-hati, kerana jika syarikat yang biasa mereka pasti tidak akan meminta wang. Ada kemungkinan ianya ejen yang cuba mengaut keuntungan.

KETIGA - Jika anda dipanggil untuk temuduga di lokasi yang pelik seperti bilik hotel atau pejabat kosong. Berhati-hati, ada kemungkinan itu satu perangkap. Mungkin anda akan dirompak atau diugut atau apa sahaja yang boleh membahayakan keselamatan anda.

KEEMPAT - Jika anda dipanggil temuduga, bawa teman sekali. Jika anda perempuan lebih baik jika anda bawa ayah, abang atau teman lelaki anda. Ini bagi memastikan jika ada pihak yang cuba melakukan perkara-perkara yang tidak elok , anda ada pelindung

KELIMA - Jangan serahkan dokumen asal (original) kepada sesiapa semasa anda  memohon pekerjaan. Ini bagi mengelakkan dokumen anda disalahgunakan untuk pihak tertentu. Kad pengenalan anda pula, jika diminta fotostat pastikan salinan fotostat tersebut dipalang dengan meletakkan ayat seperti 'Tujuan Temuduga Sahaja'. Ini bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggunjawab menyalahgunakan Kad Pengenalan anda untuk tujuan pinjaman dengan pihak bank.

Inilah 5 Tips Mudah untuk mereka yang mencari kerja kosong bagi memastikan anda tidak terpedaya atau tertipu oleh mana-mana pihak yang menggunakan iklan pekerjaan sebagai satu tipu helah untuk memerangkap anda.

Tips ini ditulis oleh Puan Lisa Hilmi.

Beliau mengendalikan Pakej Bimbingan Bersama Lisa - Rahsia Menguasai Commission Junction.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai Pakej tersebut, sila lawati laman ini http://kit4u.net atau email.YM di : soal_lisa@yahoo.com